Lambang Batalion yang menjaga sempadan di Malaysia..
https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Pasukan_Gerakan_Am.png
Monday, 4 April 2016
Ops pasir
OPS PASIR KAPALAI.
Operasi pertama dalam hidupku apabila mengawal sebuah pulau di perairan Semporna,Sabah.Mengawal,menjaga dan memeriksa sekeliling kawasan untuk memastikan tahap keselamatan Pelancong dan penduduk dalam keadaan baik.Selama 45hari aku ditugaskan disini.Yang ku lihat hanyalah pemandangan laut yg luas.Tiada lagi kesibukan kota,bunyi kereta dan sebagainya..Tempat yang tenang...
http://www.sipadan-kapalai.com/
Operasi pertama dalam hidupku apabila mengawal sebuah pulau di perairan Semporna,Sabah.Mengawal,menjaga dan memeriksa sekeliling kawasan untuk memastikan tahap keselamatan Pelancong dan penduduk dalam keadaan baik.Selama 45hari aku ditugaskan disini.Yang ku lihat hanyalah pemandangan laut yg luas.Tiada lagi kesibukan kota,bunyi kereta dan sebagainya..Tempat yang tenang...
http://www.sipadan-kapalai.com/
Thursday, 31 March 2016
Aku telah berjaya dalam temuduga pengambilan konstabel polis pada sesi julai 2005.Temuduga tersebut telah menempatkan aku di Pusat Latihan Polis Pulapol Kota Kinabalu pada 01/12/2005.Pertama kali aku menaiki kapal terbang membuatkan aku rasa seronok dan cuak apabila kapal terbang membelah langit.Di situ wajah ayah dan bonda jelas terpampang dalam ingatanku.Aku pergi tanpa pengetahuan ayahku.Aku harap aku tidak lagi menghampakan kedua ibubapaku.Ya,aku memang anak yang nakal.Selalu melawan dan menentang keputusan ayah,namun jauh di sudut hatiku,aku amat merindui mereka....
Sampai di terminal airport Kota Kinabalu,aku dan rakan sejawatku dijemput oleh 3 buah bas dari Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu.Wajah bengis dan suara yang lantang menjerit memberi arahan kepada kami.Ya,itulah dia jurulatih yang bakal mengajarku segala ilmu dalam pusat latihan itu..Apalah nasibku..Setibanya di PULAPOL aku telah dibotakkan kepala.Pemeriksaan beg juga dilakukan.Pertama kali aku melihat wajah-wajah rakan skuadku.Rupanya seakan-akan rupa pemuda Korea.Ku tegur"skuad asal mana bangsa apa?"jawabnya,"sia asal sabah ba,bangsa dusun".Ohh...orang dusun...yang tinggal di kebun ker?tanyaku lagi.Dia menjawab,"tidak....nama bangsa saya dusun..di sini ada banyak bangsa.Ada rungus,bajau,kagayan,kadayan,bugis,lundayeh,lunbawang,murut dan banyak lagi...".Oh,baru ku tahu banyak bangsa di sini.Aku dikejutkan lagi dengan jeritan jurulatih yang memeriksa beg kami."oi...kamurang ni...bawa macam-macam ha,masuk ini tempat".segala tangkal dan barang-barang bahaya di rampas.Kemudian kami disuruh buat pemeriksaan air kencing.mana yang ada main barang yang salah semua mukanya pucat dan jadi tidak tentu hala.
Keesokan hari...
Aku dikejutkan pada jam 4 pagi...mak oii...awalnya..apalah nasibku..rupan-rupanya subuh di sini awal waktunya.Ya,jam 4.30 sudah kedengaran azan subuh...Allah.Hu..Akhbar...selesai solat kami beratur dan bergerak ke bilik masing-masing.Berterabur kami jalan...maklumlah hari pertama.Dalam perjalanan pulang...Masyaallah...aku dapat melihat pemandangan yang tidak pernah kulihat selama ini.Ya,itulah dia Gunung Kinabalu...memang jelas dan nyata.Cantik sungguh ciptaan mu Ya Allah...
sejarah awal pga
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Am
Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu daripada cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negaraMalaysia. Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran.
Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu daripada cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negaraMalaysia. Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran.
Batalion | Kepakaran | Ibu Pejabat |
---|---|---|
Batalion 1 PGA | Pasukan Khas | Ulu Kinta, Perak |
Batalion 2 PGA | Kulim, Kedah | |
Batalion 3 Senoi Praaq | Pengesan Khas | Bidor, Perak |
Batalion 4 PGA | Tiger Platoon | Semenyih, Selangor |
Batalion 5 PGA | Simpang Renggam, Johor | |
Batalion 6 PGA | Bakri, Muar, Johor | |
Batalion 7 PGA | Kuantan, Pahang | |
Batalion 8 PGA | Pengkalan Chepa, Kelantan | |
Batalion 9 PGA | Kuala Terengganu, Terengganu | |
Batalion 10 PGA | Sibu, Sarawak | |
Batalion 11 PGA | Kuching, Sarawak | |
Batalion 12 PGA | Miri, Sarawak | |
Batalion 14 PGA | Tawau, Sabah | |
Batalion 15 PGA | Sandakan, Sabah | |
Batalion 16 PGA | Kota Kinabalu, Sabah | |
Batalion 17 PGA | Lahad Datu, Sabah | |
Batalion 18 PGA | Pengesan | Keroh, Pengkalan Hulu, Perak |
Batalion Khas 19 PGA | Kawalan Rapat VVIP | Cheras, Kuala Lumpur |
Batalion Khas 20 PGA | Petugas Lapangan Terbang | KLIA, Sepang |
Batalion 20 PGA | Beluran, Sabah | |
Platun Harimau PGA | Separa Pasukan Khas | Pengkalan Chepa Kelantan |
Sejarah Penubuhan.
Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu. Keperluan bagi penubuhannya adalah ekoran peranan besar yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960dan 1969 – 1989. Penubuhannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan pasukan polis di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs. Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950 oleh Sir Harold Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran pasukan polis yang drastik dimana antara lain menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik peperangan gerila bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis itu. Pasukan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila malah sangat efektif sekiranya digerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil. Diawal penubuhannya, ia dikenali sebagai ‘Jungle Squad’ yang kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum disusun semula pada tahun 1953 dengan nama baru – Pasukan Polis Hutan (PPH). Penyusunan semula yang dilakukan itu adalah bertujuan menetapkan dan menentukan garis panduan kepada peranan-peranan yang harus dijalankan oleh anggota-anggota PPH antaranya seperti dikehendaki membekalkan keanggotaan bagi kubu-kubu hutan (jungle fort), membekalkan anggota bagi tugas operasi menentang pengganas komunis di kawasan sempadan Malaysia – Thailand dan juga untuk menjalankan operasi-operasi tertentu dalam rangka keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Semasa konfrontasi melibatkan ketenteraan antara Malaysia-Indonesia, pasukan ini turut melibatkan diri bersama pasukan tentera Persekutuan Malaysia dan British dalam mencegah penyusupan pasukan-pasukan tentera Indonesia pimpinan Presiden Soekarno di kawasan Sabah dan Johor. Dalam hal ini, kemahiran dan kewibawaan yang telah dipamerkan oleh pasukan ini tidak boleh dipertikaikan lagi.
Sunday, 13 March 2016
Pengalaman penglibatan dalam aktiviti khidmat masyarakat semasa di UUMKL..
https://www.youtube.com/watch?v=F8Fb-R71Sq0
Penglibatanku dalam aktiviti khidmat masyarakat apabila aku menyambung pengajianku di Universiti Utara Malaysia.Banyak yang aku pelajari sepanjang tempoh menjadi pelajar..
Penglibatanku dalam aktiviti khidmat masyarakat apabila aku menyambung pengajianku di Universiti Utara Malaysia.Banyak yang aku pelajari sepanjang tempoh menjadi pelajar..
Subscribe to:
Posts (Atom)