Thursday, 31 March 2016

sejarah awal pga

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Am

Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu daripada cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negaraMalaysia. Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran.
Senarai Batalion, Kepakaran dan Ibupejabat
BatalionKepakaranIbu Pejabat
Batalion 1 PGAPasukan KhasUlu Kinta, Perak
Batalion 2 PGAKulim, Kedah
Batalion 3 Senoi PraaqPengesan KhasBidor, Perak
Batalion 4 PGATiger PlatoonSemenyih, Selangor
Batalion 5 PGASimpang Renggam, Johor
Batalion 6 PGABakri, Muar, Johor
Batalion 7 PGAKuantan, Pahang
Batalion 8 PGAPengkalan Chepa, Kelantan
Batalion 9 PGAKuala Terengganu, Terengganu
Batalion 10 PGASibu, Sarawak
Batalion 11 PGAKuching, Sarawak
Batalion 12 PGAMiri, Sarawak
Batalion 14 PGATawau, Sabah
Batalion 15 PGASandakan, Sabah
Batalion 16 PGAKota Kinabalu, Sabah
Batalion 17 PGALahad Datu, Sabah
Batalion 18 PGAPengesanKeroh, Pengkalan Hulu, Perak
Batalion Khas 19 PGAKawalan Rapat VVIPCheras, Kuala Lumpur
Batalion Khas 20 PGAPetugas Lapangan TerbangKLIA, Sepang
Batalion 20 PGABeluran, Sabah
Platun Harimau PGASepara Pasukan KhasPengkalan Chepa Kelantan


Sejarah Penubuhan.


Anggota Jungle Squad semasa operasi menentang pengganas komunis semasa darurat.
Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu. Keperluan bagi penubuhannya adalah ekoran peranan besar yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960dan 1969 – 1989. Penubuhannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan pasukan polis di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs. Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950 oleh Sir Harold Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran pasukan polis yang drastik dimana antara lain menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik peperangan gerila bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis itu. Pasukan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila malah sangat efektif sekiranya digerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil. Diawal penubuhannya, ia dikenali sebagai ‘Jungle Squad’ yang kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum disusun semula pada tahun 1953 dengan nama baru – Pasukan Polis Hutan (PPH). Penyusunan semula yang dilakukan itu adalah bertujuan menetapkan dan menentukan garis panduan kepada peranan-peranan yang harus dijalankan oleh anggota-anggota PPH antaranya seperti dikehendaki membekalkan keanggotaan bagi kubu-kubu hutan (jungle fort), membekalkan anggota bagi tugas operasi menentang pengganas komunis di kawasan sempadan Malaysia – Thailand dan juga untuk menjalankan operasi-operasi tertentu dalam rangka keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Semasa konfrontasi melibatkan ketenteraan antara Malaysia-Indonesia, pasukan ini turut melibatkan diri bersama pasukan tentera Persekutuan Malaysia dan British dalam mencegah penyusupan pasukan-pasukan tentera Indonesia pimpinan Presiden Soekarno di kawasan Sabah dan Johor. Dalam hal ini, kemahiran dan kewibawaan yang telah dipamerkan oleh pasukan ini tidak boleh dipertikaikan lagi.






No comments:

Post a Comment