Thursday, 31 March 2016

Bermulanya hijrah yang pertama dalam hidupku.


   Aku telah berjaya dalam temuduga pengambilan konstabel polis pada sesi julai 2005.Temuduga tersebut telah menempatkan aku di Pusat Latihan Polis Pulapol Kota Kinabalu pada 01/12/2005.Pertama kali aku menaiki kapal terbang membuatkan aku rasa seronok dan cuak apabila kapal terbang membelah langit.Di situ wajah ayah dan bonda jelas terpampang dalam ingatanku.Aku pergi tanpa pengetahuan ayahku.Aku harap aku tidak lagi menghampakan kedua ibubapaku.Ya,aku memang anak yang nakal.Selalu melawan dan menentang keputusan ayah,namun jauh di sudut hatiku,aku amat merindui mereka....

   Sampai di terminal airport Kota Kinabalu,aku dan rakan sejawatku dijemput oleh 3 buah bas dari Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu.Wajah bengis dan suara yang lantang menjerit memberi arahan kepada kami.Ya,itulah dia jurulatih yang bakal mengajarku segala ilmu dalam pusat latihan itu..Apalah nasibku..Setibanya di PULAPOL aku telah dibotakkan kepala.Pemeriksaan beg juga dilakukan.Pertama kali aku melihat wajah-wajah rakan skuadku.Rupanya seakan-akan rupa pemuda Korea.Ku tegur"skuad asal mana bangsa apa?"jawabnya,"sia asal sabah ba,bangsa dusun".Ohh...orang dusun...yang tinggal di kebun ker?tanyaku lagi.Dia menjawab,"tidak....nama bangsa saya dusun..di sini ada banyak bangsa.Ada rungus,bajau,kagayan,kadayan,bugis,lundayeh,lunbawang,murut dan banyak lagi...".Oh,baru ku tahu banyak bangsa di sini.Aku dikejutkan lagi dengan jeritan jurulatih yang memeriksa beg kami."oi...kamurang ni...bawa macam-macam ha,masuk ini tempat".segala tangkal dan barang-barang bahaya di rampas.Kemudian kami disuruh buat pemeriksaan air kencing.mana yang ada main barang yang salah semua mukanya pucat dan jadi tidak tentu hala.

Keesokan hari...
Aku dikejutkan pada jam 4 pagi...mak oii...awalnya..apalah nasibku..rupan-rupanya subuh di sini awal waktunya.Ya,jam 4.30 sudah kedengaran azan subuh...Allah.Hu..Akhbar...selesai solat kami beratur dan bergerak ke bilik masing-masing.Berterabur kami jalan...maklumlah hari pertama.Dalam perjalanan pulang...Masyaallah...aku dapat melihat pemandangan yang tidak pernah kulihat selama ini.Ya,itulah dia Gunung Kinabalu...memang jelas dan nyata.Cantik sungguh ciptaan mu Ya Allah...


sejarah awal pga

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Am

Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu daripada cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negaraMalaysia. Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran.
Senarai Batalion, Kepakaran dan Ibupejabat
BatalionKepakaranIbu Pejabat
Batalion 1 PGAPasukan KhasUlu Kinta, Perak
Batalion 2 PGAKulim, Kedah
Batalion 3 Senoi PraaqPengesan KhasBidor, Perak
Batalion 4 PGATiger PlatoonSemenyih, Selangor
Batalion 5 PGASimpang Renggam, Johor
Batalion 6 PGABakri, Muar, Johor
Batalion 7 PGAKuantan, Pahang
Batalion 8 PGAPengkalan Chepa, Kelantan
Batalion 9 PGAKuala Terengganu, Terengganu
Batalion 10 PGASibu, Sarawak
Batalion 11 PGAKuching, Sarawak
Batalion 12 PGAMiri, Sarawak
Batalion 14 PGATawau, Sabah
Batalion 15 PGASandakan, Sabah
Batalion 16 PGAKota Kinabalu, Sabah
Batalion 17 PGALahad Datu, Sabah
Batalion 18 PGAPengesanKeroh, Pengkalan Hulu, Perak
Batalion Khas 19 PGAKawalan Rapat VVIPCheras, Kuala Lumpur
Batalion Khas 20 PGAPetugas Lapangan TerbangKLIA, Sepang
Batalion 20 PGABeluran, Sabah
Platun Harimau PGASepara Pasukan KhasPengkalan Chepa Kelantan


Sejarah Penubuhan.


Anggota Jungle Squad semasa operasi menentang pengganas komunis semasa darurat.
Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu. Keperluan bagi penubuhannya adalah ekoran peranan besar yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960dan 1969 – 1989. Penubuhannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan pasukan polis di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs. Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950 oleh Sir Harold Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran pasukan polis yang drastik dimana antara lain menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik peperangan gerila bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis itu. Pasukan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila malah sangat efektif sekiranya digerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil. Diawal penubuhannya, ia dikenali sebagai ‘Jungle Squad’ yang kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum disusun semula pada tahun 1953 dengan nama baru – Pasukan Polis Hutan (PPH). Penyusunan semula yang dilakukan itu adalah bertujuan menetapkan dan menentukan garis panduan kepada peranan-peranan yang harus dijalankan oleh anggota-anggota PPH antaranya seperti dikehendaki membekalkan keanggotaan bagi kubu-kubu hutan (jungle fort), membekalkan anggota bagi tugas operasi menentang pengganas komunis di kawasan sempadan Malaysia – Thailand dan juga untuk menjalankan operasi-operasi tertentu dalam rangka keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Semasa konfrontasi melibatkan ketenteraan antara Malaysia-Indonesia, pasukan ini turut melibatkan diri bersama pasukan tentera Persekutuan Malaysia dan British dalam mencegah penyusupan pasukan-pasukan tentera Indonesia pimpinan Presiden Soekarno di kawasan Sabah dan Johor. Dalam hal ini, kemahiran dan kewibawaan yang telah dipamerkan oleh pasukan ini tidak boleh dipertikaikan lagi.






Sunday, 13 March 2016

Pengalaman penglibatan dalam aktiviti khidmat masyarakat semasa di UUMKL..

https://www.youtube.com/watch?v=F8Fb-R71Sq0




       Penglibatanku dalam aktiviti khidmat masyarakat apabila aku menyambung pengajianku di Universiti Utara Malaysia.Banyak yang aku pelajari sepanjang tempoh menjadi pelajar..